November 1, 2017

RESEPI PARU GORENG BERLADO SEDAP


Ramai yangsuka makan paru kan? Termasuklah Sora. Yeke ramai yang suka? Ya, berdasarkan pemerhatian Sora setiap kali berkunjung ke sebuah Kedai Makan Nasi Lemak Famous di KL ni. Lambat sikit je, lauk paru goreng berempah confirm licin! Tapi kalau nak masak sendiri lauk paru ni, boleh tahan rumit prosesnya. Tapi kalau dah lauk favourite, Sora gagahkan jua  =)   Jom lihat bahannya dan cara memasak.


Bahan-Bahan : (Untuk 2-3 orang mkn)
Paru Lembu 350gram
Serbuk Kunyit 1-2 Sudu Besar
Serbuk Jintan Manis 2 Sudu Besar
Serbuk Jintan Putih 2 Sudu Besar
Asam Keping 2-3 keping
*Segenggam Cili Kering /1 Sudu Besar Cili Boh
*Bawang Putih 5-6 ulas
Cara-Caranya :
1) Cuci paru sehingga bersih. TIPS : Sora rebus paru lebih kurang 15-20 minit dan letakkan 1-2 asam keping untuk hilangkan hanyir paru tersebut. Keluarkan paru dan biarkan paru sejuk seketika.
2) Potong paru secara slices. Kemudian, perap paru dgn serbuk kunyit, serbuk jintan dan sedikit garam. Renjis-renjis sedikit air agar perapan tidak terlalu kering. Biarkan seketika. Goreng paru dengan minyak yang panas sehingga agak garing.
3) Blend halus bahan* . Kemudian panaskan 2 sudu besar minyak masak ke dalam kuali. Biarkan minyak betul-betul panas, baru masukkan bahan yg dikisar tadi. Disebabkan ketika proses mengisar tadi Sora campurkan sedikit air, maka harus tunggu lama sikit untuk cili tu garing sepenuhnya. Lebih kurang 10 minit untuk api sederhana, barulah tumisan garing dan terbit minyak.
4) Tuangkan sedikit 1/2 cawan air dan masukkan 1 asam keping, garam dan secubit gula. TIPS : Sambal akan sedikit likat dan berkilat sekiranya kita letakkan sedikit gula. Jangan banyak pula, nanti spoil rasanya.
5) Kemudian masukkan paru yang telah digoreng tadi dan gaul rata bersama cili berlado. Siap untuk dihidang. Pasti terangkat makan bersama nasi putih panas.

KOMEN DI RUANGAN BAWAH JIKA INGIN BERKONGSI INFO.
#resepimasakanmelayu #parugorengberlado #resepi